Thursday, 19 April 2018

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Syaaban 1439h


Aaminn Ya Rabb. Alhamdulillah. Kurang sebulan je lagi ni.=) Mudah-mudahan dapat kita merasa bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah.

Saja nak share tips seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk diatas. Apa yang penting, niat, amal ibadah kita.

AGAR DAPAT TERLEPAS DARI AZAB SEKSA KUBUR:


■ Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■ Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■ Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■ AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■  Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■ Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

WALLAHUA'LAM...

Dari :Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

Dari perkongsian tips kat atas ni kita boleh tahu apa yang paling membuatkan kita dapat terhindar dari terkena azab seksa kubur yang amat pedih itu (Wallahua'lam). Betul. AL-QURAN. Allahu. Jadi rajin2 kan diri kita ini membacanya ye. Bukan sekadar membaca dimulut sahaja, tapi jika boleh fahami maksudnya. Sama-sama kita muhasabah diri dan mempertingkatkan kualiti amal ibadah kita, ye. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam. =)

Wednesday, 18 April 2018

BOLEH KE UCAPAN R.I.P PADA YANG BUKAN ISLAM?

Assalammualaikum wbt.
Salam 2 Syaaban 1439h


Sebenarnya tiada doa kebaikan R.I.P (rest in peace) bagi kematian bukan yang beragama islam. Ianya dilarang hatta kepada Nabi sendiri. Mengapa?


Dari Al-Musayyab bin Hazn bahawa Rasulullah SAW menziarahi Abu Talib (pakciknya) di saat-saat dia tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah SAW bersabda: 

"Pakcik, ucaplah dua kalimah syahadah, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah." 

Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: 

"Wahai Abu Talib, sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib?" 

Rasulullah tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan kalimah syahadah. 

Rasulullah SAW bersabda: 

"Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu selagi aku tidak dilarang"

Sehinggalah Allah menurunkan ayat yang bermaksud: 

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun 
bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. 
Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka." 

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib bermaksud: 

"Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam."

(Sahih Muslim)
Wallahualam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Tuesday, 17 April 2018

BELAJAR UNTUK MERENDAH DIRI

Assalammualaikum w.b.t.


Kerana tidak akan rugi orang yang besikap tawaduk. 
Ianya akhlak yang terpuji, memberatkan timbangan mizan di akhirat kelak.

Ego umpama gunung yang menghempap dada, menyebabkan dada kita rasa sesak.

Jangan sesekali merasakan diri kita ada kelebihan, merasakan diri kita ada kelebihan yang orang lain tiada.

Merasakan kitalah yang paling hebat, merasakan kita ini wajar dipuji & disanjung, dihormati.

Kerana hakikatnya semuanya milik ALLAH! Asal kita daripada nutfah, air mani, yang tidak punya harga.

Karya/Kredit art : @anisalleh.art

Sama-sama muhasabah diri. Sekian,Wassalam =)

AHLAN WA SAHLAN YA SYAABAN!

Assalamualaikum…
Salam 1 Syaaban 1439h

Selamat Menghadapi Bulan Sya'aban 1439H


Jom kita memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini. Nantikan 15 Sya'aban (Nifsu Sya'aban) dimana pada malam itu diampunkan dosa-dosanya sebanyak bulu yang ada pada seekor Qibas bagi orang-orang yang memohon keampunan kepada ALLAH… Itu hanya perumpamaan sahaja sebagai pemahaman kita sebagai manusia, mungkin ia lebih banyak daripada itu. Subhanallah…^^


DOA BULAN SYA'ABAN

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya ALLAH, berkahi kami di bulan Sya’aban dan sampaikan kami pada bulan Ramadhan”
Aamiin....


Sentiasa perbaiki amalan dan niat kita...semoga Allah SWT menyempurnakan segala yang kekurangan..jangan pernah putus harapan, doa dan rahmat dari-NYA..Allah sentiasa bersama kita. Jangan pernah melupakanNYA jika tidak mahu DIA melupakan kita..
Semoga bertambah amalan dibulan barakah ni..=)

Sekian,Wassalam =)

Baca entri Yaya sebelum ni tentang BULAN SYAABAN, ye


p/s:da ganti pose lepas2 lummmm????haaa 

Friday, 13 April 2018

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Assalammualaikum wbt

Tak lama dah... ^_^

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 
“Tidak” 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.“

Kemudian Jibrail as berkata: 
“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 

“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

SubhanaAllah. MasyaAllah. Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wallahualam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

SUNNAH-SUNNAH KE MASJID

Assalammualaikum w.b.t
Salam 26 Rejab 1439h


Tengahari tadi dah selesai solat Jumaat,kan. Ingat nak post entri ni sebelum tu, jadi boleh la kot mana yang nak ikut sunnah yang Yaya kongsi ni boleh la sekali kan tapi terlewat pula, waktu bekerja kan biasalah, update entri curi-curi masa sikit je.hehe. Tak mengapa. Setiap hari kita pergi ke Masjid,kan. Mana yang sahih tu boleh la ikut, mana yang rasa macam tak munasabah tu tidak perlu ikut. Hm. Tak lama lagi nak Ramadhan kan..kaum hawa mesti ramai yang bersolat terawih di masjid. Jadi boleh la juga baca entri Yaya ni. Bukan khas untuk lelaki sahaja, ye.. ^,^


1. Mengambil wuduk dirumah.

Dari Ibnu Mas’ud, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وما من رجل يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة يخطوها حسنة،ويرفعه بها درجة،ويحطّ عنه بها سيئة

“Jika seseorang wuduk dengan sempurna, kemudian menuju masjid, maka Allah akan mencatat setiap langkahnya sebagai pahala untuknya, mengangkat darjatnya, dan menghapuskan dosanya…” (HR. Muslim)

2. Elak makan makanan yang berbau.

Hadis Jabir, bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ ثَوْمًا أَوْبَصَلاً فًلْيَعْتَزِلْنَا أَوْ قَالَ فَلْيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا وَلْيَقْعُدْ فيِ بَيْتِهِ

“Barang siapa yang makan bawang putih atau bawang merah maka hendaklah menjauhi kita”, atau bersabda, “Maka hendaklah dia menjauhi masjid kami dan hendaklah dia duduk di rumahnya." 
[HR Bukhari dan Muslim]

3. Memakai pakaian yang sopan dan suci.

Allah Ta’ala berfirman,

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

“Wahai bani Adam, gunakanlah perhiasan kamu setiap kali menuju masjid, 
makan dan minumlah kamu…” 
(QS. Al-A’raf: 31)

4. Mulakan memakai sandal atau kasut dari kaki kanan.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau mengatakan,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan, ketika memakai sandal, menyikat rambut, bersuci, dan yang lainnya.” 
[HR. Bukhari]

5. Membaca doa.

Antara doa yang dianjurkan ialah:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

“Dengan menyebut nama Allah aku bertawakal kepada-Nya, 
tidak ada daya dan upaya selain dari Allah semata” 
[HR. Tirmidzi no. 3426 dan Abu Daud no. 5095]

Hadis daif kerana sanadnya terputus namun boleh diamalkan dalam fadhail amal.

6. Jangan berlari ke masjid.

Abu Qatadah radhiallahu’anhu berkata, “Saat kami sedang solat bersama Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau mendengar suara pergaduhan beberapa orang. Sesudah menunaikan solat baginda bertanya,

مَا شَأْنُكُم؟ قَالُوْا: اِسْتَعْجَلْنَا إِلىَ الصَّلاَةِ. فَقَالَ: فَلاَ تَفْعَلُوْا, إِذَا أَتَيْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ فَعَلَيْكُمْ بِاالسَّكِيْنَةِ  فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوْا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوْا

“Apa yang terjadi pada kamu semua?” Mereka menjawab, 
“Kami tergesa-gesa (berlari ke masjid) menuju solat.” 
Rasulullah menegur mereka, “Janganlah kamu lakukan hal itu. Apabila kamu mendatangi solat maka hendaklah berjalan dengan tenang, dan rakaat yang kamu dapatkan 
solatlah dan rakaat yang terlewat sempurnakanlah." 
[HR Bukhari, no 635]

7. Masuk ke masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, mengatakan,

من السنة إذا دخلت المسجد أن تبدأ برجلك اليمنى، وإذا خرجت أن تبدأ برجلك اليسرى

“Termasuk ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika kamu masuk masjid, kamu mendahulukan kaki kanan dan ketika keluar kamu mendahulukan kaki kiri.” 
(HR. Hakim, beliau sahihkan dan disetujui Ad-Dzahabi)

8. Doa ketika masuk masjid.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "jika salah seorang diantara kamu masuk ke masjid, bacalah doa

اَللّهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

“A‌llahummaf-tahlii abwaaba rahmatika”.

“Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”. 
[HR Muslim, no. 713]

9. Solat sunat tahiyatul masjid, jika sempat.

Pesan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ

“Apabila kamu masuk masjid, jangan duduk, sehingga kamu solat dua rakaat.” 
(HR. Muslim)

10. Tambahan bagi jemaah wanita.

- Meminta izin dari suami atau mahramnya supaya tdak memberi ruang menimbulkan fitnah.
- Menutup aurat secara lengkap.
- Tidak berhias dan memakai perfume.

11. Jangan lalu di hadapan orang yang sedang solat.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam  bersabda,

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَي الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِيْنَ، خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

“Seandainya orang yang lalu di depan orang yang sedang solat itu mengetahui (dosa) yang ditanggungnya, nescaya dia memilih untuk berhenti selama 40 (tahun), itu lebih baik baginya daripada lalu di depan orang yang sedang  solat." 
[HR Bukhari 510]

12.  Doa apabila keluar dari masjid.

اَللّهُمَّ اِنِّيْ أسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ.

“A‌llahumma innii as-aluka min fadhlika”.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan segala keutamaan-Mu”. 
[HR Muslim, no 713]

Wallahualam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Wednesday, 11 April 2018

KELEBIHAN KAYU MANIS

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 24 Rejab 1439h

Kali ni saya nak share satu jenis makanan "super" yang sebenarnya dah sebati dengan kehidupan kita. Memang kita selalu gunakan benda ni dalam masakan kita tapi mungkin anda tak tahu sebenarnya benda ni banyak sangat khasiat dan kelebihan. Apa tu?

Of courselah kayu manissss hehe


Antara kelebihan kayu manis ni :

1. Bantu lawan diabetes ( kencing manis )

Kayu manis ni boleh bantu kurangkan kandungan gula dalam darah dan improve kepekaan badan kita terhadap hormon insulin di mana hormon ni yang bantu untuk stabilkan gula dalam darah kita.

2. Boleh bantu kurangkan risiko kanser

Oleh kerana kayu manis ni mengandungi anti oksida yang tinggi, kayu manis boleh melindungi kita daripada kerosakan DNA, mutasi sel dan pertumbuhan tumor kanser.

3. Melindungi kesihatan gigi dan menyegarkan nafas 

Dalam satu kajian menunjukkan, salah satu ekstrak dari kayu manis melindungi gigi dari sejenis bakteria yang boleh menyebabkan nafas kita berbau, kavitis dan infection pada mulut. 

4. Bagus untuk kulit

Kayu manis mempunyai kesan anti-biotik dan anti-mikroba yang melindungi kulit daripada irritation, ruam, reaksi alergi, dan jangkitan. 

Haaa ni antara kelebihan-kelebihan amalkan pemakanan kayu manis dalam diet kita. Banyak lagi tau sebenarnya. Memang banyak sangat kelebihan kayu manis ni untuk kesihatan kita. 

Selain tu rasa dan aroma dia yang unik, sedap dan ada rasa manis semulajadi tu buatkan apa yang kita makan tu memang jadi sedap dan best sangat.
(Sumber : ezdiet.com.my )

InsyaAllah nanti Yaya akan share 1 resepi yang menggunakan serbuk kayu manis ni. Kalau buat ni fuh, memang sedap @ maveles tau. Jangan lupa follow Yaya ok. Terima kasih! ^,^

Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 10 April 2018

KENAPA RASA LAPAR WALAUPUN DAH MAKAN?

Assalammualaikum w.bt.
Salam 23 Rejab 1439h

Pernah tak korang bangun pagi, dah siap-siap makan breakfast, pergi kerja - tapi bila dah pukul 10 - 11 macam tu, perut pun mula lah dah berbunyi dan tenaga pun semakin menurun. Rasa macam lapar dan nak kena makan sesuatu je padahal tadi baru je sarapan kan.


Macam mana nak turun berat kan kalau asyik makan je. Ni antara sebabnya bila kita selalu rasa lapar walaupun baru je lepas makan :

1. Kita tidak dapatkan kalori yang mencukupi

Hidangan pertama kita setiap hari sepatutnya dalam range 300 - 400 kcal untuk pastikan kita bertenaga dan kekal kenyang sampai waktu makan tengah hari. Kalau tak cukup memang cepat je rasa lapar dan kalau terlebih memang senang la nak naik berat. So cuba kawal kalori tu ye.

2. Kita tak cukup 1 daripada 4 benda penting ni

Apa yang kita makan sebenarnya lagi penting daripada berapa banyak yang kita makan. Kita perlu pastikan hidangan kita tu terdiri lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak baik dan fiber, barulah boleh bagi kita rasa kenyang dan puas yang berpanjangan. Kalau kurang salah satu, tu yang rasa macam tak cukup dan nak makan lagi je.

3. Makan Makanan Yang Terlalu Tinggi Gula

Makanan yang terlalu tinggi kandungan gula akan buatkan kita rasa cepat lapar. Makanan yang karbohidrat berat macam nasi, mee pon akan buatkan kandungan gula dalam darah kita meningkat dengan cepat tau so jaga-jaga makanan macam ni.

4. Anda Perlukan Snek Untuk Metabolisme Yang Lebih Efektif

Sarapan pagi kita sepatutnya boleh buatkan kita tahan kenyang sampai 4 jam tapi kalau anda makan sarapan yang lebih ringan atau sarapan terlalu awal di waktu pagi dan dah mula rasa lapar sebelum waktu lunch, tak perlu risau, tu normal je tu. Sebab tu anda perlukan snek yang boleh bagi anda tahan rasa lapar tu dan pastikan pembakaran metabolisme badan sentiasa aktif.

Really....? ^o^

Ok. Itu boleh jadi antara sebab-sebab kenapa kita KADANG rasa lapar walaupun sudah mengisi perut. Jadi, bagi yang ingin badan yang sihat, berat yang ideal, korang kenalah jaga dan ikut tips kat atas ni. Sama-sama kita cuba ye!
(Sumber : ezdiet.com.my)
Sekian,Wassalam =)

Monday, 9 April 2018

MOHON MAAF & MEMAAFKAN

Assalammualaikum wbt.
Salam 22 Rejab 1439h

Menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang bergelar hamba, sering melakukan kesilapan. Adakalanya kita terguris hati orang lain tanpa sengaja dan tanpa niat. Tetapi bila telah berlaku perkara sedemikian amat berat untuk diungkapkan oleh setiap individu iaitu memohon maaf dan memberikan kemaafan. Kerana terdapat keegoan dalam hati.


Jadi cuba tundukkan keegoan kita dan mintalah maaf jika kita melakukan kesilapan dan memaafkan jika ada yang memohon maaf. Jangan menunda kerana apa yang akan berlaku esok hari tidak dapat kita dijangka. Cara terbaik adalah bercakap secara bersemuka dan berdamai. Tidak rugipun jika kita berdepan dengan kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal apabila seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Apabila telah sampai waktu tiga hari tersebut maka berbicaralah dengannya dan berikan salam. Jika ia menjawab salam maka keduanya akan mendapat pahala dan jika ia tidak membalasnya maka sungguhlah dia kembali dengan membawa dosanya, sementara orang yang memberi salam akan keluar dari dosa.”
(HR. Muslim)

Sepertimana Firman Allah SWT:

"...hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; 
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? 
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nuur 24:22)
.
(Sumber : telegram Nah Kasi)

Friday, 6 April 2018

RAMADHAN COUNTDOWN! - 41

Assalammualaikum wbt.
Salam 19 Rejab 1439h


Salah satu nikmat yang besar yang Allah SWT kurniakan di atas dunia ini adalah nikmat hidupnya hati.
.
Hidupnya hati membuatkan kita mudah menerima hidayah, mudah melakukan kebaikan, mudah menerima nasihat dan mudah tersentuh hati ketika mana saudara kita ditimpa musibah. Dan semua itulah yang menjadikan kita masih layak digelar manusia.
.
اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان
Aamiin..
(sumber : Abbassy Islamic Design)
Sekian,Wassalam..

Thursday, 5 April 2018

TIPS AGAR HATI MENJADI TENANG

Assalammualaikum wbt.
Salam 18 Rejab 1439h

Ramai yang sedang patah hati + kecewa + gundah gulana + hati tak tenang ke sekarang? Allahu..janganlah bersedih, bermuram begitu. Mari, Yaya nak share tips / beberapa cara untuk menguat dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah itu.. =)

InsyaAllah. Sengaja kongsi tips ni supaya ia juga dapat membantu diri Yaya. Biasalah kan. Kita hamba Allah ni, tak pernah lepas dari mengalami situasi sebegini juga. Semoga ia dapat membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin



Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini. Amalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. InsyaAllah hati akan merasa tenang. Sememangnya surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain.

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, dll.

2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar
(Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala)

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat. Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita 'direct' kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

‘Allahumma inni A’uzu bika minal hammi wal hazan, wa a’uzu bika minal ajzi wal kasal, wa a’uzu bika minal jubni wal bukhl, wa a’uzu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

Maksudnya:
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun pula:

– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
La haula wala quwwata illa billah
(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Hasbunallaah wa ni’mal wakiil
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa. Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
( QS Ar Ra’d : 28 )

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
( QS.At -Taubah : 40 )

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Popular Posts