RAMADHAN COUNTDOWN!

Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Rejab 1439h


Alhamdulillah. Sebulan lebih je lagi nak sambut Ramadhan. Ya ALLAH..rasa tak sabar ni nak menyambut kedatangannya..nak rasa kemeriahan diwaktu bulan Ramadhan.. Bukan kemeriahan Bazaar Ramadhan tu ye tapi di waktu malam nya tu. Terawih. 

Rindu nak berbuka puasa, lepas solat Maghrib tu, minum dan makan sedikit dan kelam kabut bersiap cepat-cepat ke Masjid. Nak cepat bukan sebab apa, tapi nak duduk di barisan hadapan.hehe Risau juga kalau terlambat, tak cukup tempat, kena berhimpit, tak selesa pula nanti pun tak elok juga kan rasa begitu. Jadi, datang awal, boleh buat apa yang patut dulu sementara nak menunggu masa masuk waktu Isyak dan terawih.

Ya Allah. Sungguh rindu. Semoga kita semua diberi umur yang panjang dan kesempatan untuk menyambutnya. Aamiin.... Raya Aidilfitri tu tak sempat sambut pun tak kisah JANJI dapat lepas Ramadhan ^_^ betul tak?

Dikesempatan ini juga, Yaya ingin MEMINTA MAAF dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada sesiapa yang mengenali Yaya yang mungkin dalam Yaya tak sedar atau sedar, sengaja atau tidak sengaja telah membuat ada yang tidak senang hati + sakit hati dengan Yaya. Dan Yaya MAAFkan juga buat sesiapa yang ada TERbuat salah silap dengan Yaya. Sama-sama 0-0 ye saudara-saudaraku sekalian... =D

Buat salah dengan Allah SWT, kita boleh bertaubat dan memohon ampun kepada NYA dan sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tapi jika buat salah dengan manusia ni....Allahu. Jika ianya memang salah kita dan orang itu tidak memaafkan kita..hm. Jadi berusahalah sehabis daya untuk meminta maaf pada mereka. Yang penting kita juga membuat perkara yang sama. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk meminta maaf dan memberi maaf pada orang lain.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

4 Comments

  1. semoga dipanjangkan umur dan sempat bertemu Ramadhan

    ReplyDelete
  2. Sekejap aje masa berlalu kan.. Semoga kita mendapat kerahmatan pada bulan yang mulia nie nanti.. Tak sabar nak menunggu bulan kerahmatan..

    ReplyDelete
  3. Yer...tak lama dah nak ramadhan....amik aura dr sekarang dgn byk2 puasa sunat

    ReplyDelete