NAK HADIAHKAN SYURGA UNTUK IBU BAPA? INI CARANYA

Assalammualaikum wbt.
Salam 20 Jamadilakhir 1439h


Bukanlah dinamakan sayang dan cinta kepada ibu bapa jika kita tidak mahu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Kita adalah anugerah dari Allah kepada kedua ibu bapa kita, dan sudah semestinya ibu bapa kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang apa yang mereka ajarkan kepada kita.

Jika kita tidak menunaikan solat, mendedahkan aurat, berbuat maksiat, dan perkara-perkara yang mungkar, maka bertambahlah beban dosa yang akan dipikul oleh kedua orang tua  kita.

Oleh itu, jika benar kita menyayangi mereka, maka JADILAH anak yang soleh dan solehah, yang akan menjamin syurga buat mereka, bukan menarik mereka ke neraka kerana kemungkaran yang kita lakukan.

Jadilah anak yang soleh dan solehah, kerana suatu hari nanti, doa kita, solat kita, bacaan Al Quran kita, sedekah kita dan ibadah kita, akan menjadi penghapus dosa-dosa ibu bapa kita dan membuka jalan ke syurga kepada ibu bapa kita. InsyaAllah.

Jika kita tidak mampu membalas kebaikan ibubapa kita dalam urusan di dunia, maka balaslah dengan menghadiakan syurga buat mereka.

"Wahai Tuhan kami. Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim 14:41)
(Sumber : Nah Kasi)

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Post a Comment

0 Comments