SUAMI, PINTU SYURGA DI RUMAH

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 26 Jamadilawal 1439h

Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya. Pintu itu boleh menghantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka. Pintu itu hanya satu, iaitu SUAMI..


Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid  dalam peperangan di jalan Allah Ta'ala.

Setiap isteri yang melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darajatnya di sisi Allah Ta'ala. Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak²nya.
Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun. 

Sebab itu amat rugi sekali wanita yang :
- Sibuk dengan dzikir, tetapi suaminya terlantar tak difikir.
- Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.
- Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.
- Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara

Wahai para isteri …

√ Tiada guna shalatmu...
√ Tiada guna majlis yang kau hadiri...
√ Tiada guna Shaum/puasamu...
√ Tiada guna dzikirmu...
√ Tiada guna hajimu...
√ Tiada guna bacaan al-Quranmu...
√ Tiada guna sedekahmu...

Jika kalian TIDAK TAAT kepada suami kalian..Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan shalat lima waktunya, 
melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, 
dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.”
(HR Bukhari Muslim)

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini. Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari.

“Jika seorang suami memanggil istrinya ke tempat tidur, 
kemudian si isteri tidak mendatangi/menolaknya, 
dan suami tidur dalam keadaan marah, 
maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.”
(HR Bukhari Muslim)

Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik. Selagi ada kesempatan minta maaflah. Jadilah isteri yang baik. Jika memang yang kau tuju adalah syurga, Itulah jalannya....

Carilah redha suamimu. Semoga Allah Ta'ala menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sedari, atau tidak kita sadari. Dalam hadits juga diketemukan,
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. 
Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
(HR. Ahmad).

Semoga masih ada manfaatnya untuk menjalani hidup sebagai Hamba ALLAH SWT sampai jelang akhir hayat.Aamiin Allahumma Aamiin.

(Dipetik daripada facebook Usrah Wanita Solehah)

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Post a Comment

0 Comments