MOVIE REVIEW : BLACK PANTHER

Assalammualaikum wbt.


Hari ni. 15 Februari 2018 secara rasminya Movie Black Panther ditayangkan diseluruh pawagam. Actually semalam dah start tayangan dah. Yaya pun apalagi taknak lepaskan peluang untuk pergi menonton filem Marvel ni. Memandangkan da beberapa minggu takda filem baru best yang ditayangkan dipawagam selepas MAZE RUNNER..haha.

1st time tengok filem Marvel Black Panther ni, maksud Yaya sebelum ni even cerita versi kartun pun tak pernah tengok. PINK PANTHER adalah..hehe.same ke?Tak kannn..^o^ 

Yaya review sedikit filem ni. Kurang faham sangat cerita dia pada mulanya tapi bila dah sampai pertengahan cerita baru sedikit demi sedikit faham. Selepas kematian Ayahandanya, T'Challa kembali semula ke Wakanda di Negara Afrika untuk mengambil tempat yang sepatutnya iaitu sebagai Raja. Apabila musuh yang lebih berkuasa tiba-tiba sahaja kembali, keberanian T'Challa's sebagai Raja dan sebagai Black Panther diuji apabila beliau ditarik ke dalam konflik yang meletakkan nasib Wakanda dan seluruh dunia di dalam risiko yang merbahaya. Menghadapi pengkhianatan dan bahaya, Raja muda itu harus merebut kembali takhtanya yang telah diambil oleh musuh dan menggunakan seluruh kuasa Black Panther demi melawan musuh dan memastikan keselamatan rakyatnya.

Antara waktak-watak utama dalam filem ini

Ok. Nampak sangat tak Yaya guna google translate untuk sinopsis filem ni? Hahah Ubah sikit-sikit je untuk lebih faham. Tapi secara keseluruhannya,bagi Yaya filem ni memang BEST! Dari mula sampai akhir penuh aksi. Ada yang kata sedikit bosan kerana part bercakap tu lama tapi bagi Yaya just layan je filem tu sebab kita nak tahu perkara sebenar yang berlaku,kan, Kalau tak tahu apa sebenarnya yang berlaku macamana nak faham, takkan dari saat awal hingga akhir nak dorang berlawan je,tu dah jadi filem aksi semata tu,apa cerita tak faham.hehe. Tapi memang sangat menarik la filem ni,takdalah bosan juga bila ada juga diselitkan dengan adengan lawak sedikit didalam jalan cerita ini. 





Antara babak menarik dalam filem BLACK PANTHER ini

Berapa skor or STAR yang Yaya boleh bagi untuk filem ni?hmmm Bagi mata Yaya yang tengok filem ni la kan, boleh bagi Skor 8.5/10 or 4**** untuk filem BLACK PANTHER ni. Korang boleh pergi menonton,ok. Terutama yang minat filem aksi macam Yaya ni..haha. Yaya tengok movie ni sensorang je ok. Layan giler...^o^

Ok, hope review Yaya boleh memberi idea aktiviti untuk korang masa musim cuti beberapa ni kan. Selamat menonton dan selamat bercuti ye. Eh tak lupa juga 


" SELAMAT TAHUN BARU CINA " 
&
HAPPY HOLIDAY

Dapat 'ANG POU' lagi tu bila tengok movie ni...haha =P

Buat kengkawan Yaya yang menyambut dan yang bercuti,ye. Pada yang balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya. Biar lambat sampai asalkan selamat tiba ke destinasi yang dituju,ok!

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

3 Comments

  1. Lamanya dah tak tengok wayang. Mungkin boleh try tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  2. dah tengok dah.. sejak hari selasa lagi.. hahha..

    ReplyDelete