Wednesday, 27 December 2017

BILA HAIWAN BERKATA-KATA

Assalammualaikum w.b.t.

UNTA MENGADU LAPAR KEPADA NABI


Daripada ‘Abdullah bin Ja’far beliau bercerita:

فَدَخَلَ حَائِطًا لِرَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ فَإِذَا جَمَلٌ فَلَمَّا رَأَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- حَنَّ وَذَرَفَتْ عَيْنَاهُ فَأَتَاهُ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَمَسَحَ ذِفْرَاهُ فَسَكَتَ فَقَالَ : « مَنْ رَبُّ هَذَا الْجَمَلِ لِمَنْ هَذَا الْجَمَلُ ». فَجَاءَ فَتًى مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ : لِى يَا رَسُولَ اللَّهِ. فَقَالَ : « أَفَلاَ تَتَّقِى اللَّهَ فِى هَذِهِ الْبَهِيمَةِ الَّتِى مَلَّكَكَ اللَّهُ إِيَّاهَا فَإِنَّهُ شَكَى إِلَىَّ أَنَّكَ تُجِيعُهُ وَتُدْئِبُهُ »

Ertinya : “Pada suatu hari Rasulullah saw memasuki pagar kebun milik seorang Anshar. Maka di sana terdapat seekor unta. Ketika unta itu melihat baginda unta tersebut merintih-rintih dan kedua matanya berlinang air mata.

Nabi saw pun datang kepada unta tersebut lalu baginda mengusap belakang unta itu dan tengkuknya. Setelah itu unta itu pun diam. Kemudian baginda berkata:

“Siapakah pemilik unta ini? Unta ini siapa yang punya?”

Lalu datanglah seorang pemuda Anshar dan berkata ;

“Unta ini milikku wahai Rasulullah.”

Lalu Nabi saw bersabda :

“Apakah engkau tidak takut pada Allah terhadap binatang ini yang telah Allah jadikan sebagai milikmu? Unta ini mengaku kepadaku bahwa engkau membiarkannya lapar dan membuatnya kepenatan.”

(Hadith Abu Daud)

Sekadar perkongsian dan peringatan buat kita semua jika ada memelihara haiwan sebagai peliharaan, sebaiknya dijagalah dengan keadaan yang betul. Diberi makan yang cukup, dijaga kebersihan dan kesihatan haiwan tersebut, dan menyayangi haiwan itu dengan sepenuh dan seikhlas hati.

Semoga ada pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini. InsyaAllah. WaAllahua'lam
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts