ANDAI AKU DAPAT KEMBALI KE DUNIA....

Assalammualaikum wbt
Salam Jumaat.
10 Rabiulakhir 1439h

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_

Mari kita baca jawapannya..

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH 
SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

1) Sebagaimana firman Allah,

"...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku 
ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." 
(surah al munafiqun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, 

"Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan 
kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."


2) Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti

3) Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.


4) Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

5) Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. 

6) Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

- Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
- Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
- Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
- Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
- Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
- Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
- Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
- Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
- Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
- Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
- Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
- Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
- Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
- Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa
- Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
- Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
- Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
- Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
- Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
- Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
- Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
- Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

*Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah KAMU berkongsi maklumat ini dengan sahabat-sahabat, para saudaramu yang lain dengan niat bersedekah*

MasyaAllah... jadi jom sama sama kita amalkan amalan BERSEDEKAH ini. Semoga Allah Allah menerima segala amal ibadah kita ..Amin. InsyaAllah.

Sekian perkongsian di tengahari Jumaat ini, mudah-mudahan penyampaian ini masuk ke hati ya?InsyaAllah. Yang baik semua dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan iman Yaya sendiri. 
Wallahuaklam bissawab....

Sekian,Wassalam =)



Post a Comment

4 Comments

  1. good sharing... semoga kita termasuk dlm golongan yg suka bersedekah.. aaminnn.

    ReplyDelete
  2. Salam alaik kak yaya... lama benor In tak singgah. Dulu zaman sekolah banyak la masa nak update and blogwalking. Ni dah degree jarang sekali updatenya and nak blogwalking hahaha.. Alhamdulillah, blog ni masih sama content seperti dulu banyak ilmu dan pesanan di kongsi. Thank you ^^,

    ReplyDelete
  3. Terlalu ramai peminta sedekah yg b'topeng skunk ni...

    ReplyDelete