Friday, 6 October 2017

REVIEW : TGV MOVIE CLUB MEMBER

Assalammualaikum w.b.t.

Since bulan lepas Yaya dapat email dari TGV yang send reminder kat Yaya mengenai pembaharuan/renew kad member TGV yang akan luput 04 Oktober yang lepas ni. Just fyi, Yaya sendiri tak ingat dah berapa lama jadi one of TGV MVC member ni..haha Tapi memang agak lama jugak la. Biasa la. Kaki wayang kate koo. ^o^ Nak pula TGV ni dekat dengan rumah, naik basikal pun cepat sampai lol >o< Apalagi, pantang ada cerita baru keluar, mesti tengok. Samada beli online or pergi kaunter terus. Tengok keadaan la.

Ok. Sambung balik motif utama.
Kat dalam email tu (dalam gambar diatas), mention akan diberi tempoh 30hari lepas dari tarikh tamat tempoh tu untuk renew card. Lepas dari tempoh tu kalau tak renew, kena bayar RM30 untuk apply membership semula. Kira da macam register balik la pulak. Sepanjang jadi member ni Yaya tak pernah renew membership card. Coz biasa nya dia akan AUTO renew untuk kita, tapi auto renew tu ada syarat nya. Dalam masa setahun tu (dari tempoh korang jadi member), spend around RM200 dengan menggunakan kad TGV MVC tu. (Nampak sangat dah berhabis banyak dalam masa setahun tu utk movie and popcorn.ahaks!) =p

Untuk dalam masa setahun sebelum ni Yaya tak sure dah sampai RM200 or tak sebab macam kurang juga dah tengok movie. Bila ada movie best keluar je pergi tengok. So, disebabkan tak nak kena bayar RM30 pulak nanti sebab tak renew, pergila tanya kat kaunter pasal renewal tu. Dan depa habaq kat ceq, card member ceq ni akan AUTO RENEWAL sebab da cecah spend RM200. Wahh syiok ceq dengar. 

Tapi lepas tu, ceq dapat lagi reminder pasal card renewal tu. Ni yang gusar hati ku ni.(.ecewah) Jadi ceq p la email TGV tu untuk tanya pasal ni. Baguih tui depa ni. Good customer service coz cepat reply email ceq (mungkin sebab Yaya habaq 'please reply ASAP' kot..hehe) yela tak sabaq nak  tau kena pergi renew sendiri ka, depa AUTO renew ka,..dan lega bila dapat tau card xperlu nak renew. Sistem ada sikit problem untuk AUTO renew. Tak tau dorang watpa lepas tu, bagitau yang card member Yaya dah auto renew.


Alhamdulillah. Jimat RM10 hakak..hehe. Dah renew. Dapat 2tiket free + air pula tu. Yeaaa...syiokk ahh. 

Sapa FOLLOWERS Yaya yang TGV MVC member macam Yaya juga angkat kaki?? hehe. Good #kitageng ^o^ buat sesiapa yang kaki wayang TAPI tak dak card member ni, boleh la p register jadi part of TGV MOVIE CLUB MEMBERS ni. Memang banyak benefit depa bagi tau..antaranya macam yang Yaya dapat ni la..

Macamana nak register? Ha tu korang kena p kaunter TGV sana untuk register ok. Nak tau lebih lanjut apa benefit dia bagi lagi, korang boleh check it out kat website depa kat link Yaya bagi bawah ni ye:

Dan if ada apa-apa sebarang pertanyaan, boleh direct call dorang kat no hotline ni: 1300 222 848
atau email : feedback@tgv.com.my InsyAllah fast response..hehe Bersabarlah jika lama menunggu ye =p 

Ok. Hope dapat membantu those yang kaki wayang tapi belum register dengan mana-mana CINEMA lagi,ok..haha. Enjoy your days guys!

Sekian, Wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts