Thursday, 12 October 2017

BLOOD DONATION

Assalamualaikum wbt.

Entri pendek je ni. Urat kat tangan still sakit lagi. Memang effect sikit bila nak menaip. Haha.

Anyway, blood donation yang dianjurkan oleh Padini Corporation Sdn Bhd telah berlangsung di HQ company ini sendiri yang bertempat di Glenmarie, ShahAlam dengan kerjasama daripada Pusat Darah Negara K. L. Hanya satu hari ini sahaja. Dibuka pada orang awam. So, Yaya pun nak mencuba jugak. Kenapa nak mencuba? Sebab sebelum ni nak pergi derma darah depa kata xmemenuhi kriteria penderma. Huhu. Tak cukup berat mungkin. Sekarang da gemuk, tu yang memenuhi kriteria dah haha. Takdalah, tahun lepas Yaya nak try p, depa kata tak cukup darah. Ni cukup dah kot naa ^o^

Baru tau Yaya adalah orang yang jenis berdarah 'O'. Selama ni tak berapa pasti sangat. Hehe.


Pengalaman
1st time tempat dia cucuk masa nak ambil darah tu kat tangan belah kiri. Mula ok tapi bila nampak tetiba macam bengkak sikit, terus nurse tu buka. Tukar pula p cucuk belah kanan. Belah kiri nya tak habis sakit lagi da cucuk belah kanan pula. Adess. Tapi Alhamdulillah. Ok. Berjalan dengan lancar.

Yea..dapat 'goodies'..haha suka tul dapat benda free kan dak Yaya ni ^o^

Siapalah yang dapat darah Yaya tu ye. Tetiba terfikir. Haha. Biaq p la sape dapat pun, yang penting orang yang memerlukan sihat. Kan. InsyaAllah. Amin. ok. Da sakit tangan ni >,<. Tu je nak update. Excited rasa derma darah untuk pertama kali la katakan.Tu yang semua nak up. Haha. =p ceh

Dan yang sebenarnya, Yaya puasa hari ni. Takda berbuka pun sebab nak derma darah ni. Dorang tanya da makan ke belum, Yaya jawab dah je la.huhu. Hope dapat bertahan sampai balik rumah nanti. Ngantuk je rasa ni.. =_= err 

Sekian, wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts