HAPPY WOMAN'S INTERNATIONAL DAY FROM ARAROSSA THERAPY'S & SPA!

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat Hari WANITA Sedunia! 
Buat semua WANITA yang sedang membaca entri Yaya ni.
Moga kita sentiasa sukses + ceria + bermotivasi + positif 
selalu ye! ^,^

Hari ni Yaya nak share dengan korang 1 tempat pusat Terapi & Spa ni. Nama pusat tersebut adalah
https://www.facebook.com/pages/Ararossa-Ville/534743346680192
Yang berlokasi di Taman Sri Pekan, Meru Klang. Ia adalah sebuah pusat Terapi dan Spa yang menawarkan khidmat rawatan daripada rumah. Ditubuhkan dan mula beroperasi pada bulan Oktober tahun lalu (2015). Ia adalah sebuah pusat terapi yang dilakukan sendiri oleh 2 beradik iaitu Puan Shida dan Puan Azwa (atau lebih dikenali dengan nama Wawa). Contoh rawatan yang disediakan adalah Rawatan Muka, Rawatan rambut, Urutan badan, Urutan kaki, Bekam dan juga menyediakan rawatan Akupuntur. 

Disebabkan rawatan ini dikendali sendiri oleh mereka, jadi ianya hanya sesuai dilakukan pada para pelanggan WANITA ye.=) Tetapi, untuk lelaki, jangan risau jika anda ingin membawa ibu, kakak atau saudara-mara wanita yang lain, atau mungkin juga ingin menemani pasangan anda, di ARAROSSA ini ada juga menyediakan 2 rawatan yang boleh anda cuba iaitu Rawatan Muka/Wajah dan juga Urutan kaki. 

Pusat ini memang amat sesuai untuk orang-orang yang berada disekitar lembah Klang yang ingin mencuba bagi merehat dan menenangkan diri kerana berikutan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang AMAT BERPATUTAN, sesuai untuk semua golongan tidak kira anda suri rumah, wanita bekerjaya, mahupun para pelajar yang masih menuntut. Ditambah lagi dengan suasana di Pusat Terapi itu sendiri yang berkonsepkan dalam rumah, bagi memberi KESELESAAN pada para pelanggan. Dan yang lebih PENTING dan UTAMA adalah perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh mereka. Yaya berani JAMIN korang semua akan berpuas hati dan PASTI ingin merasa lagi servis perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Berani jamin lah sebab Yaya sendiri dah cuba hampir kesemua rawatan yang mereka sediakan..hehe ^o^

Dibawah adalah MENU Rawatan yang disediakan di ARAROSSA TERAPI & SPA ini:

https://www.facebook.com/pages/Ararossa-Ville/534743346680192

Yang bestnya di ARAROSSA ini juga, mereka selalu mengadakan PROMOSI setiap bulan untuk rawatan-rawatan tertentu. Contoh, macam hari ni, mereka baru sahaja melancarkan PROMOSI bersempena HARI WANITA SEDUNIA ini! Apa promosi mereka?? Meh Yaya habaq mai... ^,^

Uolss nampak kan MENU LIST diatas ni, uollss boleh pilih mana-mana 3 RAWATAN dengan HARGA hanya RM100!! Giler best uolss.. ++sangat jimat ok. Promosi ni hanya akan berlangsung hingga penghujung bulan Mac 2016 ni. Jadi memang rugi tau sesiapa yang lepas peluang ni..bukan selalu korang boleh dapat buat 3 RAWATAN dengan harga yang sebegitu murah ni. Korang pergilah kat mana-mana pusat terapi memang takkan dapat harga macam ni. YUP!

Bagi sesiapa yang ingin mencuba merasa servis perkhidmatan terbaik dari mereka ni, jangan lupa perlu buat APPOINTMENT terlebih dahulu ye. Tempat adalah sangat terhad tau. Sekali sekala berbelanja untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri rasanya tidaklah sesuatu perkara yang membazirkan disitu. Badan anda juga perlu rehat setelah penat bekerja seharian, kan. Eh, kalau nak hadiahkan buat rawatan ni pada orang yang tersayang pun boleh tau! Mesti mereka rasa lebih disayangi dan dihargai oleh anda...cewahh! Yaya ayat bukan main kan..hehe tapi perkara yang betul kan.. ^_^

Ada yang tidak tahu lokasi mereka ke? Jangan risau, HP canggih tu wat apa..WAZE laa..pe lagi..hehe. Nak tahu lebih lanjut dan mengikuti perkembangan pusat terapi ini boleh >> LIKE << fb page ARAROSSA THERAPY & SPA dan boleh juga menghubungi mereka seperti yang tertera di MENU LIST atas yang Yaya da tunjuk tu ye.. ^_^

Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

10 Comments

  1. salam yaya...macam menarik je pakej yang ada. tertarik dengan hair treatment tu. jarang jumpa spa yang tawarkan service untuk rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... boleh try kalau ad kelapangan..mai turun kat klang ni je cik thirah ^_^

      Delete
  2. seronok juga sesekali dapat pergi spa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi tiap minggu pon boleh..bkn mahal pon.. ^,^

      Delete
  3. Selamat Hari Wanita, Yaya !!
    Nak wish jugak walaupun dah lambat. huhu :)

    ReplyDelete