TIP MELEMBUTKAN HATI UNTUK BERTAUBAT

Assalammualaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
"Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.."
(HR Ibnu Majah)

HATI yang lembut mendorong seseorang untuk berubah. Lembutkan hati dengan beberapa langkah ini:

# MENJAUHI KAWAN yang mengajak kepada MAKSIAT.
# BERKAWAN dengan mereka yang menggalakkan ke arah KEBAIKAN.
# Merasa TAKUT DAN JIJIK dengan dosa.
# Perbanyakkan MUNAJAT kepada Allah, BERISTIGHFAR, BERZIKIR dan solat pada waktu malam.
# PERBANYAKKAN DOA. Misalnya dengan mengamalkan doa yang dibaca oleh Rasulullah kepada Muaz bin Jabar, bermaksud,

"Ya Allah tolonglah kami untuk mengingati-Mu, 
untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk memperbaiki ibadat kami."
AMINN...

Cara lain yang boleh diambil adalah seperti yang boleh diambil adalah seperti kitab Tanbihul Ghafilin. Antaranya:

* Menjauhi atau MEMUTUSKAN HUBUNGAN dengan kawan yang mengajak kita MELAKUKAN MAKSIAT. Paling tidak, merenggangkan hubungan itu.
* Melakukan perkara yang baik dan meninggalkan KEMUNGKARAN.
* Sentiasa ingat tentang alam akhirat. Dengan ini seseorang itu akan TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA.
* Percaya dengan JAMINAN ALLAH walaupun ada jaminan daripada manusia..
(Sumber: Majalah Iman)

Renung2kan....
Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

12 Comments