MENGENAI KERETA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak share something pasal kereta pula..yela..sebab ramai orang akan menggunakannya tiap kali musim cuti or perayaan,betul x..?Mayb awal nak cerita pasal ni..yela..cuti raya pon lambat lagi kan..huhu..xpela..Yaya share je ok.. =D
Apa Yaya nak share ni just sikit je..tapi penting juga untuk kita tahu lebih2 lagi yang perempuan ni. Bukan reti sangat,ye x..dapat tau perkara yang basic pun kira ok la..boleh jgak 'survive' lagi..hiks! =p

Ok. Antara isu mengenai kereta ni adalah:

1) Berapa lamakah tempoh cermin depan kereta perlu ditukar? Adakah ia mempunyai jangka hayatnya?

>> Cermin hadapan kereta hanya perlu ditukar jika pecah atau rosak akibat calar. Jarang sekali cermin yang dipasang pengeluar kereta menjadi kabur atau kelabu dan ia boleh bertahan sehingga akhir hayat kenderaan itu. Cermin yang rosak mungkin sudah diganti alat ganti tulen dengan kualiti lebih rendah.

2) Berapakah waktu minimum yang sesuai untuk menghidupkan kereta pada waktu pagi.

>> Ada beberapa pendapat berhubung pemanasan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Malah ada yang mengatakan bahawa ia tidak perlu. Namun, ia sebenarnya berfungsi seperti manusia yang harus memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakkan kejutan.

Kenderaan yang direhatkan semalaman akan menyebabkan komponen logam mengecut sedikit. Bergantung kepada lokasi dan kegunaannya, ini akan menjadikan komponen itu lebih ketat atau longgar. Kerana itu, cukup sekadar memanaskan enjin hingga pusingan enjin melahu dengan ‘tenang’.

Pemanasan kadangkala hanya mengambil masa lima minit bagi enjin moden yang mempunyai injap pemanas dalam sistem penyejukannya. Injap itu akan menghalang bahan cecair penyejuk enjin daripada mengalir supaya lebih cepat panas ke suhu operasi.

Perlu dipertimbangkan juga bahawa semua minyak pelincir yang berada pada dinding enjin mungkin berada dalam takungan selepas dibiarkan semalaman. Oleh itu, elakkan daripada membebankan enjin selepas dihidupkan pada waktu pagi bagi mengelakkan kehausan yang mungkin berpunca kekurangan minyak pelincir.

3) Apakah kesan jika membasuh enjin kereta. Ini kerana saya dimaklumkan enjin akan terjejas jika kerap membasuhnya.

>> Tidak salah untuk membersihkan ruangan enjin tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan teratur. Enjin kereta diperbuat daripada bahan logam yang berubah bentuk sekiranya mengalami perubahan suhu mendadak. Jika enjin masih panas, elak menyiramnya dengan air sejuk atau meredah air yang dalam. Ini mungkin menyebabkan kerosakan kekal pada beberapa komponen enjin sekali gus mengakibatkan kegagalan beroperasi atau kebocoran pelapik. 

Justeru, pastikan enjin anda sudah sejuk sedikitsebelum membasuhnya dan elakkan membasahi bahagian elektrik. Sambungan elektrik yang terlalu basah boleh mengakibatkan litar pintas pada bahagian voltan tinggi seperti litar palam pencucuh. Selain itu, enjin mempunyai lubang kemasukan udara. Pastikan ia tertutup sebelum anda membasuh ruang berkenaan.

Ok..hanya ISU itu sahaja yang dibangkitkan hari ni..hehe hope sekrng pada sesiapa yang belum tahu, take note ye..termasuklah Yaya punnn huhu >,< almaklumlah..tau bawa jeee =p
(Sumber: HarianMetro Online)
Sekian,

Post a Comment

6 Comments