Thursday, 14 December 2017

JUALAN PROMOSI 'BACK TO SCHOOL & YEAR END SALES'!!

Assalammualaikum w.b.t.


Jualan Promosi BACK TO SCHOOL & YEAR END SALES 
di Kompleks PKNS Shah Alam kini BERMULA!!!!

Dapatkan pelbagai produk dan barangan keperluan ke sekolah dengan tawaran dan  potongan harga yang menarik serta pelbagai aktiviti hujung minggu juga turut menanti anda :

16 DIS 2017 (SABTU)
- PERTANDINGAN MEWARNA
- PERTANDINGAN KARAOKE & PERSEMBAHAN ARTIS KAKA

17 DIS 2017 (AHAD)
-KIDS FASHION SHOW
-PERTANDINGAN KARAOKE & PERSEMBAHAN ARTIS JIMMY

18 DIS 2017 (ISNIN)
- TAYANGAN MOVIE "VALLEY OF THE WOLVES" SYRIA DAN KITA

19 DIS 2017 (SELASA)
- TAYANGAN MOVIE "TEARS OF GAZA"
-AIR MATA ROHINGYA

20 DIS 2017 (RABU)
-TAYANGAN MOVIE "INSHAALLAH"
-PENTAS ANAK MUDA

21 DIS 2017 (KHAMIS)
-TAYANGAN MOVIE "THE CHECKPOINT"
-PENTAS ANAK MUDA

22 DIS 2017 (JUMAAT)
-PERKONGSIAN JUMAAT "INI KISAH MEREKA"
-PENTAS ANAK MUDA

23 DIS 2017 (SABTU)
-PERTANDINGAN HAFAZAN

24 DIS 2017 (AHAD)
-PERTANDINGAN DAIE JUNIOR

25 DIS 2017 (ISNIN)
-PERTANDINGAN DAIE JUNIOR

Jomm ramai-ramai pakat datang ke  Kompleks PKNS Shah Alam!!


Thursday, 7 December 2017

HUKUM TERTIDUR KETIKA SOLAT

Assalammuaikum wbt.

Yaya nak share ilmu lagi. Mungkin ada antara yang membaca ni pernah TERbuat kot kan,huhu. Tapi lepas tu, was-was. Boleh terus solat atau dah terbatal solat tu. So, nak tahu, teruskan membaca artikal yang Yaya kongsi ni ye =)

**opss..hehe*

Soalan : Apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.

Jawapan :

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wuduk) tanpa ada khilaf di kalangan ulama sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;

1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat.

2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.

Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wuduknya” (al-Majmu’, 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).

Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).

Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulama seperti berikut;

a) Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana dipengaruhi persaan mengantuk).

b) Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai.

c) Menurut ulama juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.

(Nota: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz)

Semoga bermanfaat, Wassalam =)

Sunday, 26 November 2017

KANGAROO TIRUAN???

Assalammualaikum w.b.t

Whut?? Kangaroo pun ada yang fake ke?? OH MY.....!! Eh jap jap...sabar..sabar..saja ja tajuk entri tu...ni takda kena mengena dengan haiwan dari Australia tu..hehe Tapi berkaitan dengan tudung bawal yang berjenama KANGAROO.

Seblum ni pernah up dekat insta Yaya pasal Yaya susah nak cari tudung bawal jenama KANGAROO tu sekarang. Dulu banyak jumpa kat kedai-kedai, sekarang, ada pula tuan kedai yang tak tahu tudung bawal KANGAROO tu macammana...haihhh..susahlah macam ni kan


Minggu lepas ada pergi kedai, cari tudung bawal KANGAROO, takda lagi, Tapi tuan kedai tau lah tudung tu macamana..haha dia kata tudung tu mahai, sebab tu takda nak amik. Dia ada jual tudung bawal RANIA je. Yaya tengok tengok tu..em..terdesak sikit nak cari tudung bawal ni, amik je la dalam 2 helai..1 helai tu RM7 ja..boleh la dari takda..huhu

Hari ni (26 Nov 2017), Yaya pegi try cari kat GM Klang pula. Mesti ada. Nak cari bawal KANGAROO dengan shawl KEKNIS. Alhamdulillah shawl KEKNIS memang la senang dapat. Bawal KANGAROO tuu..hm.Dapat. Ada jual, tapi.....FAKE la pulok.. >,<

KANGARO?? =_= 
hmm..

Boleh tengok macam dalam gambar ni. Sempat Yaya snap kat kedai tu..heeee tengok ejaan dia pun tau dah.. KANGARO...?? haha ades..tapi Yaya terbeli. Tak perasan pula masa amik tu tengok nama KANGAROO je terus amik, tak tengok ejaan dia, tudung tu camana, ORI ke FAKE..

Selain dari ejaan, apa lagi boleh tau kalau tudung jenama tu FAKE atau ORI ye..? boleh tengok pic bawah ni..sempat Yaya p GOOGLE..haha
ORI

Perhatikan EKOR KANGAROO tersebut..

Dan juga ORI ada logo 'R' diatas..

Ada lagi beberapa cara nak tengok kat tudung tu..korng google je la macamana cara tu ye..Yaya nak terang kat sini panjang lebar pula kang...Tapi masa tengahdok google tu terjumpa satu laman web ni..dan ianya memang TRUSTED SELLER dalam menjual tudung jenama KANGAROO ni..bila Yaya tengok harga dia, takda lah mahal pun untk bawal plain KANGAROO ni. RM9.00 je tau. Dapat juga la p 'sambar' 3 helai sekali..huhu..lambat sikit takpa dari beli yang FAKE, takda kualiti, cepat rosak, watpe kan..better beli ORI ..kalau korang pun tengah cari bawal yang best ni, boleh pergi laman web ni

Ok. Tu je nak share..Ada juga la story Yaya hari ni kan..haha..moga ada manfaat nya ye. Lebih lebih lagi untuk korang yang tengah cari tudung tudung lain yang korang suka (kot). Just sharing some infomation. ^_^

Sekian Wassaalm =)

Popular Posts